Wednesday, 2 December 2015

Target 2016


Bila korang dah ada target. Bila korang dah mula keluar pendapat itu ini. Bila korang dah berfikiran matang dan lebih serius. Bila dah banyak kali korang dok cakap benda yang sama. 
Kau duduk termenung, apa betul ke aku buat ni. Dalam masa yang sama kau takut. Kau takut sebab rasa macam terlalu awal planningnya. Beb, setahun pejam celik pejam celik je. Kau tengok jelaa nanti. Dalam hati ber-monolog "bukan apa dari 18 tahun kenal, sekarang 23, tahun depan 24. Kau tak rasa ke macam mimpi. Kau tak rasa ke macam nak lempang-lempang muka kau"

Rabbi yassir wala tu'assir, Ya Karim.

Giveaway Disember 2015 Cash RM500


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Monday, 30 November 2015

Pak Yus Meninggal Dunia

Tengah aku layan "My Loveable Girl", bukak twitter kejap tetiba TL penuh pasal Pak Yus. Terbeliak, ternganga jugak la aku depan laptop ni. Nak kesahihan aku tengok dekat insta Tauke. 
Ya Allah, aku rasa ramai yang terkejut dengan berita ni. Aku yang tak la care sangat dengan perkembangan dia pun terkejut. Tipu kalau aku cakap tak sedih. Al Fatihah untuk aruah. Aruah meninggal dunia kerana sesak nafas - Tauke
Jujur aku cakap Pak Yus lawak dia memang kelakar. Aku tak pernah rasa bosan dengan lawak dia. Tak pernah. Tengok last gambar yang dia post 5 jam yang lepas. Siapa sangka lepas 5 jam dia dah pergi buat selama-lamanya. Allahuakhbar. Al-Fatihah. 

Semoga aruah tenang di sana, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Terangilah kuburnya Ya Allah. Terima kasih sebab pernah buat kami semua gelak dengan lawak spontan Pak Yus. Tepuk dada tanya iman. Sediakah kita nak menghadap Pencipta kita. Mati itu pasti.