Sunday 8 April 2012

Coretan buat insan yg bergelar Ibu dan Ayah :')


ALHAMDULILLAH.. Ya.! Ini lah yg sewajarnya aku ungkapkan terlebih dahulu. Aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana menghadiahkan aku seorang ibu dan seorang ayah yg bertanggungjawab. Mungkin tanpa mereka aku tiada di dunia ini. Mungkin aku tidak mengenali mereka yg di luar sana. Mungkin juga aku tidak akan dapat menulis luahan hati aku di sini. Sebesar tapak tangan ibu dan ayah lah yg membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan penuh belaian manja yg tidak terdapat pada pasangan yg sedang bercinta. Ayah mencari nafkah dan ibu di rumah mendidik anak. Aku masih ingat dan memori itu masih segar di ingatan ku. Tiap kali ibu memukul ku dengan tali pinggang,penyangkut baju atau rotan pasti aku akan menyebut nama ibu sambil menangis. Tetapi ibu tidak mempedulikan tangisan aku itu. Ya.! Aku tahu dalam hati ibu. Ibu sayangkan aku. Ibu lakukan semua ini kerana kedegilan aku. Kesalahan aku sendiri.!! Selepas ibu memukul ku, dengan penuh lembut ibu memujuk ku kembali dan menyapukan minyak di bahagian yg bengkak dan lebam. Aku terharu dengan tindakan ibu ku itu. Sambil ibu memujuk ibu berkata padaku. "Ibu pukul awak bukan sebab ibu x sayang awak. Ibu pukul awak, ibu marah awak sebab ibu sayangkan awak,kakak". Benar.! Ini lah ayat ibu yg ibu ungkapkan ketika usia aku masih muda. Ibu mana yg tidak sayangkan anak. Ibu mana yg sanggup melihat anaknya ketinggalan dalam pelajaran. 

Wahai ayah..,
Ini lah insan yg bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Insan ini lah yg aku memanggilnya dengan panggilan "AYAH ". Aku sering termenung dan berfikir yg aku ingin sekali menjadi seperti ayah. Ayah berkebolehan dalam semua perkara. Ayah pandai masak western, menjahit, repair motor atau mesin, pandai buat pondok, expert bab computer dan banyak lagi. Setiap kali keluar dengan ayah mesti orang sekeliling pandang sebab gaya ayah cara ayah membuatkan mereka ragu-ragu. "Abang ni polis ke". Itu lah pertanyaan yg sering mereka ajukan. Aku gembira dan seronok keluar dengan ayah. Ayah sempoi. Ayah juga pernah berpesan kepada ku. "Kakak duduk KL pandai-pandai jaga diri. Jangan jadi girl-girl sangat". Ayah. Terlalu besar pengorbanan mu buat anak mu ini. Ayah membesarkan kami adik beradik dengan kesederhanaan bukan dengan kemewahan. Ayah mengajar kami tentang kehidupan. Ayah ingin melihat anak-anak ayah berjaya dalam hidup, berjaya dalam pelajaran. InsyaALLAH,ayah.. Kakak sebagai anak sulung kakak akan buat yg terbaik. Doakan lah kejayaan anak mu ini..

P/S : Ibu ayah. Ketahui lah anakmu ini amat menyayangi mu. Anakmu ini pasti akan lemah tanpa mu di sisi. Sesungguhnya, anakmu ini tidak sanggup hidup tanpa mu wahai ibu ayah.. Maafkan lah diriku ini andai pernah melukakan hati mu berdua.. Halalkan makan minum kakak..

WASSALAM.....~

                                                                                                                          

No comments: