Sunday, 14 October 2012

Kucing yang kena potong kaki


Assalamualaikum korang korang dan korangs.


Kucing tu haiwan kesayangan Nabi kita. Kucing nie memang tak boleh bercakap tapi dia faham apa yang kita buat. Malam nie aku baru dapat tahu yang Putih kucing aku dah mati. Mula-mula tu aku tak tahu cerita pun aku pun tak teringat pulak nak tanya ibu Putih dah ok ke belum sebab hari tu Putih bergaduh dengan sekor kucing jantan nie. Bapak gila punya gengster laa kucing tu habis kaki Putih berdarah, berlubang. Then, tak lama lepas tu tup2x kaki Putih ada cacing ada ulat. Semua sebab kucing jantan tu laa.! Kesian Putih. Ibu tak tahan kesian tengok Putih, ibu potong kaki Putih pakai apa entah (aku tak de dekat rumah time tu) sebab nak elakkan daripada terus berulat, takut pulak ulat-ulat tu makan isi dia kann. Memang agak mengerikan tapi demi Putih jugak ibu buat macam tu. Tak lama lepas tu okay da, tiba-tiba hari tu kaki dia macam berair so kiteorang hantar dia ke rumah Cik Enon (yang jaga-jaga kucing yang terbiar). Kiteorang biarkan je dia  dulu dekat sana. Agak-agak kaki dia dah kering tu bawak balik ke rumah. 

Tapi sekarang Putih dah tak de dah. Ye, memang aku selalu gurau-gurau kasar dengan dia sebab tu memang aku. Kasar kasar jugak siapa tak sayang kucing sendiri kann. Menangis jugak lah aku tadi. Sedih gilaa.!! Even kucing je pun.Oh, ye.! Masa kaki dia berair tu bau kaki dia sangat busuk, bila dia datang dekat aku aku memang nak tolak dia ketepi. Hari bila entah aku tengok dia datang masuk bilik baring dekat katil aku tak sampai hati nak bawak dia keluar dari bilik, aku biarkan je dia baring atas katil cadar boleh basuh. Putih, kakak mintak maaf ek sebab gurau kasar dengan Putih. Tonyeh2x kepala, tepuk2x badan, kepit Putih kuat2x. Apa-apa pun kakak sayang Putih.!! :'(



**Masa nie kaki dia elok lagi. Manja gila dia masa nie weii.! Siap tidur sebelah aku lagi.

7 comments:

eiyda yunus said...

kak eiqaaa ! sedihnyaaaa. sobs sobs sobs :'(

dya bunga said...

sedihnya..:(

Eiqa Almond said...

@Eiyda : tau xpee eiyda :(

@Dya : Tu laa,sedih bila dengar dia dah mati. :(

aku HaniAsyira said...

asyik dpt berita kematian kucing je dri kngkwn

Khalilah MNor said...

Sy sgt faham... huhu~! Dulu bela kucing jugak. Bila dah hilang kucing kesayangan mmg dah tak snggup nak bela lagi... *memang menangis lama*

Eiqa Almond said...

@HaniAsyira : betul tu.! Semenjak dua menjak nie banyak dengar kucing mati.

@Khalilah : Yupp3x. tahu xpe. :(

Akhelaken said...

Eh biar betul mak awk potong kaki dia? Kena bwk pi klinik haiwan/veterinar la sepatutnya.. kalau xmampu bubuh je minyak gamat sbg ikhtiar terakhir.sy rs dgn potong kaki dia mkin bertambah seksa kucing awk tu .. apapun dia dah mati :'( kesiannya