Friday 26 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha semua :)


Assalamualaikum korang korang dan korangs. 
Sebelum aku memulakan entry jom aku nak kongsi satu cerita nie dengan korangs..
Aku search dekat internet je, so ayat pun tersusun lagi kemas. Meh laa sini baca. :D

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruhnya menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berberbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, "Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, "Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kita pun akan dibunuhnya."

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi ibrahim dan anaknnya Ismail sampai pada tempat yang di tuju, berkatalah anaknya, "Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terpercik lah darah mengenai badan Nabi IBrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjat lah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

## Ini adalah sedikit cerita kisah Nabi Ibrahim.
 Kalau ada yang tersalah harap korangs bagitahu la ye. 

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA"

2 comments:

Jna marcello said...

salam aidil adha awk ;)

sal ya said...

cerita utk dikongsi bersama.