Monday 30 November 2015

Pak Yus Meninggal Dunia

Tengah aku layan "My Loveable Girl", bukak twitter kejap tetiba TL penuh pasal Pak Yus. Terbeliak, ternganga jugak la aku depan laptop ni. Nak kesahihan aku tengok dekat insta Tauke. 
Ya Allah, aku rasa ramai yang terkejut dengan berita ni. Aku yang tak la care sangat dengan perkembangan dia pun terkejut. Tipu kalau aku cakap tak sedih. Al Fatihah untuk aruah. Aruah meninggal dunia kerana sesak nafas - Tauke
Jujur aku cakap Pak Yus lawak dia memang kelakar. Aku tak pernah rasa bosan dengan lawak dia. Tak pernah. Tengok last gambar yang dia post 5 jam yang lepas. Siapa sangka lepas 5 jam dia dah pergi buat selama-lamanya. Allahuakhbar. Al-Fatihah. 

Semoga aruah tenang di sana, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Terangilah kuburnya Ya Allah. Terima kasih sebab pernah buat kami semua gelak dengan lawak spontan Pak Yus. Tepuk dada tanya iman. Sediakah kita nak menghadap Pencipta kita. Mati itu pasti.