Assalamualaikum korang korang dan korangs..
Dan salam jumaat jugak bagi semua umat islam tak kira dimana anda berada..
Cehwahhh.!! Macam ucapan hari raya je. Maaf post kali nie panjang tapi kalau nak tahu macam mana orang tu jatuh pesan dekat mata, otak focus betul-betul nanti tak payah nak baca berulang. Hehehe
Hahhh.!! Korangs tertarik tak nak dengar cerita yang seram. Nie kisah benar tau tiada yang benar selain yang benar. Meh sini cek nak habak kat hangpa semua. Benda nie terjadi masa tahun lepas yang ber tarikh 23 OGOS 2011, kebetulan masa tu bulan puasa. Hmmm, dalam pukul 1 pagi macam tu aku dengan 2 orang budak rumah lepak dekat meja makan, aku teman dorang study koot. (lupa laa) Tupp2x. Dengar bunyi benda jatuh. Bapak kuat gila, kuat gila bapak.! Macam bunyi mesin basuh jatuh dah tu berdengung pulak tu. Actually, aku tingkat 7 and dengar cerita orang tu jatuh dari tingkat 23. Nak tahu jantina apa.? "Perempuan" bebb. Malam tu otak aku gila sikit so aku pun pergi la usha kat tingkap dapur apa yang jatuh. Selangkah je nak dekat dengan singki aku menjerit. "Ibuu.!!! Ibuuu.!! ". Automatik aku sebut nama ibu. Terus aku lari masuk bilik sorang akak nie then peluk dia yang tengah tidur masa tu. Yang 2 orang tadi pun terus lari ikut aku. Menangis-nangis jugak laa aku dibuatnya. Ada yang ingat aku nampak hantu. Haiishh.! Akak ( yang x berapa nak akak sangat ) nie pun pergi laa tengok dengan roomate betul ke tak orang yang jatuh. Finally, mata aku 100% betul.
Semua budak rumah dah kecut perut, cuak tahap cipan. Call security, then security pun call lah polis. Masa forensik ke polis entah yang dok siasat orang tu masa tu laa aku berani tengok orang yang jatuh tu. Posisi perempuan tu meniarap, muka nasib baik tak menghadap dapur kitaorang ( kalau takk perghhh.. ) , singlet putih, kaki dia weii. Sebelah tu hancur daging dia, macam daging kisar tuu. Malam tu kitaorang tak tidur pun dekat rumah. Tidur dekat rumah kawan sama tingkat jugak tapi belah hujung. Alhamdulillah, aku tak de la sampai nak demam ke apa. Cuma kau fobia dengan bunyi yang kuat lepas kejadian tu. Bila entah aku balik dari kelas tiba-tiba lori bunyikan hon. Menjerit aku dekat situ.
Aku kan orang pertama yang pergi tengok orang jatuh tu soo that mean aku lah saksi pertama kan.?? Rasa macam main polis-polis pulak bila aku saksi pertama yang kena soal siasat pasal benda tu. Polis yang ambik keterangan tu kan dia perli aku, ggrrr
Encik Polis : Awak belajar apa?
Aku : Saya ambik Medical Lab.
Encik Polis : Apa nie ambik Medical Lab pun takut nie. ( gelak )
Aku : (Tersengih-sengih) Saya tak takut darah tapi nie dah la first time tengok benda gini.
Geramm nya laa dengan pakcik polis tu. Lepas je kejadian tu kan cakap jelaa A-7-9 confirm orang tau.!! Hahhaa Ohh, ye.! Lupa nak cerita masa hari ke berapa entah kitaorang kemas/basuh rumah tu. Aku memang takut lagi time tu so roomate dengan akak nie nak tak nak dorang kena pergi ke tempat orang jatuh tu untuk bersihkan area situ. Polis bukan nak basuh betul. Tupp2x.! Ada daging orang tuu pulak melekat dekat tingkap dapur, tingkap bilik and dekat dinding luar tu. Percikan darah perempuan tu pun ada jugak dekat tingkap. Itu lah kali pertama aku berhadapan dengan situasi macam tu. Sekarang aku still duduk rumah tu lagi. Alhamdulillah, aku dilindungi oleh ALLAH S.W.T. Setahun lebih dah berlalu. Moga kami serumah dijauhkan dengan benda-benda yang tidak diingini. Aminnn.
3 comments:
wahh~ seramnyaa., huhu mesti panic kan time tuu.. huhu
dik, jatuh kat kawasan umh awk??? kalau akk la, mau pucat terus time tu..panas muka sampai atas..
grrrrr mencik hikkkk
Post a Comment