Assalamualaikum korang korang dan korangs..
Okay, hari nie aku nak story mory pasal apa yang berlaku dan apa yang aku buat dekat kolej. Sebelum tu korangs tahu tak tadi aku menangis kejap dalam lab sebab kena cabut undi untuk praktikal nanti. Aku terpisah dengan Intan, Zara, Dewi. Nanti lah aku cerita last-last nanti. First kena happy dulu kann.?? Ahakss.!
Nie tengah hari tadi aku makan sementara nak tunggu kelas pukul 2 tadi.
Lauk kegemaran iaitu Tempe masak Sambal.
Hahh.! Korangs tahu nie apa.?? Meh sini nak habak kat hangpa semua. Masa nie lab Molecular Diagnostic lebih tertumpu pada Deoxyribonucleic Acid a.k.a DNA.
Tengok la tu classmate aku khusyuk buat benda yang madam bagi tu. Gambar atas nie kiteorang tengah identify chromosome. Madam saja bagi kertas suruh gunting tampal supaya kita sendiri tahu macam mana nak tahu pair of chromosome tu. Boleh tahu jugak sama ada patient tu normal ke tak normal, terlebih chromosome ke tak ke, kalau terlebih chromosome tu ada lah penyakitnya macam Down Syndrome ke Patau's Syndrome ke.
(Fuyoohh, macam dah expert je cara aku cakap padahal diri sendiri pun blurr dalam kelas) Hahhaa Madam kadang-kadang kan selalu jugak lah attack aku, maybe sebab aku buat muka blurr koot. Heheee
Ini yang aku nak cerita awal tadi, nie tengah cabut undi nie nampak tu dekan kiteorang Mr.Lim. Intan, Zara dengan Dewi dapat praktikal dekat Hospital Seremban aku dapat dekat Hospital Port Dickson. Memang la best dekat dengan pantai tapi aku nak dorangs. Menangis lah jugak tadi tapi aku tahan, tarik nafas dalam-dalam nanti diaorang perasan nanti dorang serba salah pulak. Yang mana perasan perasan lah. Aku dah pernah dah pergi hostel kolej sediakan tu dekat PD, agak sunyi la sikit mini condo resort, entah apa entah nama dia. Hantar kawan group lagi 1 tu. Kalau Seremban hostel jauh so kena cari rumah sewa. Dalam bas nak balik hostel aku fikir balik mungkin dah benda macam nie nak terjadi, dah takdir nak buat macam mana lagi kann. Aku siapa nak ubahkan semua nie. Mungkin jugak dah memang ditakdirkan aku disatukan dengan Hospital PD tu, cehwahh.! Tapi aku masih berharap ada orang sudi nak tukar dengan aku. Errm, tak de la harap sangat pun. ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambanya.
## Mohon korangs bagi lah aku semangat sikit nak terima kenyataan yang aku dapat praktikal dekat Port Dickson tu hahh :(
26 comments:
awak amek course apa ek ? :D
Kite ambik course Medical Lab :)
xpe la yang..yg penting experience kan..tamo nangis2 tau..eiqa kene kuat..chaiyokkk!!!..
@Falsya : bereh awak.! :D insyaALLAH
Mana-mana pun sama..hehehhee
Selamt berpraktikal di PD...
@Hanif : tak sama sebab dekat Hospital Seremban banyak lab so macam2x kita boleh belajar and practise tapi dekat PD tak banyak lab :(
sabau aje la eiqa yek..
kene blaja berdikari taw..
nnt lme2 ok la tuh..
msti ade lg kwn2 yg lain kn..
patau syndrom tu ape?
Best :) mesti dpt byk pngalamn kan :)
Slmt menjalani pratikal nanti.
salam kenal dr kak Nurul.
@Kak Nana : hehee best jugak sbb semua benda semua yg fakta. :D
@Azian : Tapi dekat PD tu just 5 org je, seremban 12 org, x laa ramai sgt kawan. :( Yg boleh eiqa ckp Patau's Syndrome tu macam jari kita trlebih kee, lebih kurang la. hihii
@Lady : hehee banyak sgt, bnyak pengalam dgn bacteria and parasite, ekkeee
@Kak Nurul : InsyaALLAH, terima kasih akak, salam perkenalan jugak :)
Byk kan bersabar Eiqa.. mungkin ada hikmahnya..jgn sedih2..
Eiqa belajar rajin2..
Takpe, mgkn kat PD tu lebih baik utk eiqa sape tau kan?
Mana tau kat PD tu dpt kenal kawan2 baru.. hehe..
kuatkan semagat , peja celik , pekm celik , dah habislah nanti :)
ish ish .. ekekek
tahniah dikkk
PD cantik .. indahhh ..
macammmm pernah sampai huhuhuhu
chill r beb.. dlm hidup ni kalau kita terlalu dekat dengan kawan, kurg skit kemanisan bersahabat tue.. jauh dan rindu.. itu yang best..
fikir positif saja k..
wahh eiqa belajar rajin2 taw!!!na doa tok awk *amin
nnt boleh la cek DNA org :p
takpe, make new frens at new place
HAVE FUN! :D
mula mula mmg rasa mcm tu.. Lama lama dapat kawan baru insyaallah akan ok kembali be strong ya ;)
mgkin praktikal kat sana lebih untuk awk..jgn sedih2..xlama la praktikalnyer...pejam celik abes da nanti..;)
wah!! dah dekat sgt dgn akk tuh..*__*
x pe la dik..seremban ngan PD bukan jauh pun..nek highway x sampai 20minit je..weekend nnt leh ler jumpa
Akak akak eiqaa semua yang dekat atas nie yang bagi semangat dekat eiqa, terima kasih sangat-sangat eiqa ucapkan, ada betul jugak cakap akak tu, insyaALLAH eiqa akan try terima semua nie. Terima kasih yee :D
@Ieja Amnieja : woww.!! boleh laa jumpa nanti, ehehee
singgah sini salam kenal ya :)
Singgah lee, ehehee
salam kenal jugakk :D
ala kesiannya tapi tak apa..ika boleh tu even sorang2 praktikal kat situ..do your best tau. sometime kita kena belajar tanpa orang lain :)
takpa dik,yg penting dpt kumpul pengalaman
Post a Comment