Monday, 3 December 2012

Penyakit sawan

Assalamualaikum korang korang dan korangs..

Selamat pagi semua.! Mulakan hari anda dengan satu senyuman yang manisssssssssss.
Nampak tak kemain happy aku lagi, hahaa Ada laa ada laaa. Hahh, nak kongsi satu cerita nie. Korangs pernah tak berhadapan dengan orang yang ada penyakit sawan.?? Pernah tak.?? Aku nie first time berhadapan dengan benda-benda gini. Tapi.!! Alhamdulillah, aku tak pernah berhadapan dengan orang yang kena histeria. Sebab kalau nak diikutkan histeria lagi seram koot dari sawan. Adik aku yang sebelum nie tak pernah tengok orang kena histeria pun boleh menangis bila sorang budak perempuan tu menjerit tetiba. *macam dia pulak yang kena kan,haaisshh

Okay, macam nie aku ada sorang housemate nie nama dia H. Kebetulan adik dia pun satu rumah jugak so dorang satu bilik laa. Tapi teruk jugak malam tu dia kena tau tak macam selalu macam ada something je dalam badan dia masa tu. Biasanya dia kena just kejang satu badan je tapi malam tu tak. Lepas badan dia dah kejang ingatkan dia dah sedar laa kan sebab dia bukak mata siap bangun naik ke katil balik ( dia kena sampai terjatuh katil ) Dia duduk dekat hujung katil. Bla bla bla blaa. Dia tersenyum termenung sorang-sorang haaishh aku dah cuak dah aku kejut budak Sabah 3 orang dalam bilik belakang, adik dia tengah tenangkan dia. Nasib baik adik dia nie dah biasa dah. Aku berdiri depan pintu je, heehee Padahal dalam rumah nie aku dengan roomate yang senior, ekkeee 

Sampai laa satu tahap tu adik dia pasang lah surah, surah apa aku tak ingat la pulak. Then, bagi minum air yassin. H nie dia tepis air tu. Lama sikit dia tersengih pandang adik dia. Dia cakap "korang pasang benda nie korang bagi aku minum air, korang tak rasa membazir ke" Perrrghhh..! Aku just senyum cuak je. Sebab selama nie aku just tengok dalam cerita je tak sangka pulak aku tengah berhadapan situasi macam tu.

** Motif.? Hahaa Saje je nak letak comel sangat budak kecik nie,mwhhaaa

Masing-masing dah cuak dengan warden nya entah kenapa lambat sangat turun, rupanya kiteorang salah call warden, ahahaaa Ter call warden lama. Patut lah lambat. Malam tu budak lelaki 3 orang iaitu kawan kepada H a.k.a boyfriend adik dia datang rumah. Dorangs azankan setiap sudut rumah nie, solat. Alhamdulillah, H okay dia tidur balik macam biasa.

## H nie dapat penyakit nie masa dia pergi 1 kem, hmm darjah 6 dia cakap. Lagi satu aku pelik berat dia 43kg tapi bila aku nak angkat dia serious berat dia macam batu besar. Sangat berat maybe benda lain koot. Entah laa entah laa aku tak pandai laa bab gini. Pengaruh tv banyak sangat, hehee Tapi kesian laa habis badan dia lebam-lebam. Apa lah punca nya dari semua nie.?? Kadang-kadang tu tetiba lengan dia ada kesan gigit sampai lebam koot wei. Aku sempat tau elak dia dari jatuh katil ke sepak besi katil ke tup tup ada kesan gigit pulak. Dia cakap dalam mimpi dia nampak ada sorang perempuan rambut panjang tapi muka tak nampak. Ada jugak dia nampak lelaki. Dia cakap orang tu macam nak tolong dia. Hhmmm Haaishh, tak ingat laa aku.!! Blurr pagi gini, hahaa 



11 comments:

- AZIE - said...

kena byk zikir, byk ngaji..tingkatkan amalan..insyaAllah xde benda2 xelok akan dampingi..

Izwa Kamaruddin said...

serammmm....

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

huissshhhh takutnyerrr

Jahirah said...

dugaan...erm try suggest suh pi perubatan islam,ye la sbg ikhtiar...:)

Nur farahiza said...

bawak ngaji smyg jangan tinggal , abg sedare fara pun mcm too . tapi kena buat dengan orang serawak lagi teruk , sampai tak sedarkan diri , tapi skrg banyakkan berubat jumpe ustaz , harapnye ok

✿INA AINAA✿ said...

Astagfirullah.. kesiannya kat budak H tu.. hurmmm, rasa ada benda lain kat dalam diri dia tu.. cuba hantar dia ke darul syifa'

Mimie said...

dugaan tuh...kne berubat cara islam..yelah tkut de something yg kite tak pasti

Falsya said...

adehhh..penah ade kt situation mcm tuh...takut gile kut...

Syamimi Saad said...

bnda mcm ni memang boleh jadi dik..kena bnyk solat..elakkan dari kawan tu termenung..bagi dia bz..so, dia xde la nak termenung, sebab bila kita suka termenung, bnda camni yng sememangnya dah hinggap kat kita, senang datang balik..then kawan2 serumah sebilik rajin2 la solat, ngaji bersama.. insyaAllah la boleh ok..then cuba juga la cari cara untuk buang bnda tu.. :)

Ira said...

seram jgk baca. kak ira penah dgr suara org histeria, mmg lain la suara dia, takut.. tgk org histeria depan mata x penah la, tp org berubat penah la. ustaz tu tnya, benda tu jawab. naik bulu roma.. apa2 pn, bykkan baca alquran. kwn tu kene bnyk zikir bg benda tu lemah.

Eiqa Almond said...

Terima kasih sangat-sangat atas pandangan akak-akak dan kawan-kawan semuaa. Eiqa dah cakap da dengan H tu, dah 4x dah dia pergi Darul Syifa' dgn jumpa ustaz.

Tapi x tahu la ade ustaz tu cakap ada "jin pengasih" dalam badan dia, allahualam.

Terima kasih atas doa, nasihat semua yee.. :)