Wednesday, 10 April 2013

Bermalam di hospital

 Assalamualaikum korang korang dan korangs..

Sekarang pukul 5.24 pagi. Aku dengan Zaty tidur dekat hospital malam tadi teman Kak Badu. Kesian sebab dia sorang nak pergi toilet susah, apa-apa jadi ke kann. Suami dia tak boleh teman selalu sebab pagi anak dia lagi nak pergi sekolah, ada kelas tambahan ada exam tak lama lagi. So sebagai student perantauan dekat Port Dickson nie kteorang ringan-ringankan lah mana yang patut. Petang tadi la aku dalam lab, tiba-tiba Zaty datang dekat aku kat kaunter penerimaan specimen. Dia nak cerita tapi sebak sangat koot ambikk kau meleleh-leleh airmata dia. Aku dah laa sensitif orang menangis cenggitu, mata aku dah panas berair. Rupa-rupanya dia sedih tengok Kak Badu macam tu, untuk pengetahuan korangs semua sebelum nie aku ada update entry pasal dia, lepas tu dia dah keluar wad tiba kelmarin koot dia masuk wad balik. Haemoglobin dia low lagi. Petang tadi pergi laa kejap tengok dia, alaaahaaii. Bila dia cakap ayat nie.

"Akak pasrah je lepas nie kalau dorang nak operate, operate laa."

Mata aku mula laa nak berair, tak nak bagi dia perasan aku pandang je bawah. Dalam hati cakap "jangan jatuh jangan jatuh". Tak silap aku kalau dia kena operate rahim dia kena buang. Tak silap aku laa. Ya Allah, kalau lah ujian yang macam tu terjadi dekat aku. Mampu ke aku? Kuat ke aku? Nak berhadapan lagi dengan orang-orang yang sayang aku? Ya Allah kuatkan hati Kak Badu. 

Sekarang nie dia tengah tidur. Zaty pun tengah tidur cuma aku je pukul 4 tadi bangun. Aku tak sampai hati tengok Zaty tidur duduk dari malam tadi. Aku tidur atas kerusi malas dia kerusi biasa. Aku tahu dia tak kan tidur atas kerusi malas tu mesti dia akan bagi aku sebab hmm sebab dia memang macam tulaa tapi aku pun tak laa kejam sangat kann. Kawan yang banyak tolong kita beb. Kejap lagi pukul 8 start kerja balik sampai la pukul 5 petang so kepada mata aku dengan mata Zaty jangan buat hal dalam lab nanti tauuu !!!


7 comments:

Kakcik said...

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan serta kesembuhan buat Banu.

Nurzakiah Hanum said...

semoga ALLAH SWT memberikan kekuatan

aizamia3 said...

Moga Kak Banu kuat dalam mengharungi ujian dariNYA..
Moga Kak Banu cepat sembuh hendakNYA..

Nazayiena Ayiena said...

Semoga kak badu cepat sembuh.

Riedaffya ibrahim said...

semoga kak badu kembali sembuh..

Aisya Az said...

Moga kak Banu get well soon :')

Lady said...

sabar, in shaa allah semoga allah sembuhkannya