Thursday, 11 April 2013

Ya Allah lindungilah Kak Badu...

  Assalamualaikum korang korang dan korangs..

Buat pertama kalinya dapat jugak aku merasa pengalaman yang nak sangat aku buat dari dulu. Korang tahu apa dia.?? Dari dulu aku berangan nak jadi nurse lepas tu jaga patient. Tadi baru aku dapat merasa buat semua benda tu. Petang tadi sebelum balik aku dengan Zaty pergi tengok Kak Badu. Masa tu tengah masuk air then masuk darah lagi. Sebelum masuk darah tu Kak Badu ada cakap dekat aku dengan Zaty.

"Korang jangan balik dulu ehh, akak trauma laa masuk darah hari tu"

Kesiannya Kak Badu. Tangan dia pun nampak laa lebam-lebam sikit. Eh, silap bengkak. Hehee Lepas masuk air tu Kak Badu asyik nak buang air je. Dia pakai pampers. Tapi terkena cadar katil pulak. Dia masuk bilik air basuh, kteorang tukar laa cadar tu mintak dekat staff nurse. Then, lap badan dia. Dia cakap "serabai rambut akak", aku pun ikat laa rambut dia betul-betul. Sedihh sangatt wehh. Lepas Zaty dah lap badan dia, kteorang pakaikan baju dengan kain. Aku risau jugak jarum dekat tangan dia tu, takut tertarik. 

Aku merah dah mata tadi sebab bila pikir balik kalau laa ibu, Ya Allah tak sanggup aku nak tengok orang yang aku sayang macam tu. Lagi-lagi aku nie sensitif kalau benda yang kena mengena dengan ibu, laju ajee airmata nie keluar. Ibu, ayah petang tadi kakak jaga Kak Badu, pakaikan dia baju, ikat rambut. InsyaALLAH, ibu ayah. Kakak akan jaga ibu ayah sebaik yang mungkin. Pengalaman mendewasakan kita. Dulu ibu pernah cakap.

"Ini baru sakit sikit dah buat ibu macam nie kalau dah tua agaknya hantar dekat rumah orang tua je"

Tak ibu takk. Kakak dengan Aien, Nor, Abang, Yaya, Haikal, Baby insyaALLAH akan jaga ibu ayah sampai ke akhir hayat. Kakak mintak maaf dengan sikap dan perangai kakak sebelum nie. Kakak mintak maaf sangat-sangat. Ampunkan semua salah kakak. Doakan agar kteorang adik beradik jadi anak yang baik.


5 comments:

tomAto LurVez said...

u make my tears drop la ngek..! :'(

Mimie Najib said...

kak badu tu siapa eiqa? moga dia cepat sembuh.. akk xleh nak tgk pesakit, cepat je mengalir airmata..tak kuat hati..

*cantik blog baru.. :)

Kakcik said...
This comment has been removed by the author.
Kakcik said...

Ya Allah, ringankanlah kesakitan yang dihadapi oleh Badu.

Mila Ahmad said...

Sebak pulak akak baca dik :'(