Oh, bumi yang semakin tua. Lihatlah sekeliling mu apa yang sedang terjadi. Bolehkah engkau memberitahu ku apa yang sedang berlaku sebenarnya ? Kenapa aku lihat mereka di sana seakan-akan sedang berperang, kenapa ada darah manusia yang tidak bersalah mengalir dia atas mu wahai bumi. Lebih menyedihkan aku kenapa anak-anak yang masih kecil, yang tidak berdosa dibunuh oleh mereka yang kejam yang tidak berperikemanusiaan ? Mengapa mereka memotong kepala saudara aku ?
Ya Allah, Subhanallah, Allahuakhbar, Astaghfirullahalazim.
Adakah ini terjadi kerana ada segelintir umatMu yang masih tidak mahu bertaubat dan mengikut jalan Mu Ya Allah ? Adakah ini terjadi kerana Engkau ingin menyedarkan kami semua Ya Allah ? Sungguh bermakna dugaan dan ujian yang Engkau berikan pada hamba-hamba Mu. Ya Allah aku mohon dan berdoa kepada Mu lindungilah mereka di sana. Lindungilah saudara islam ku di sana. Amin amin amin ya rabbal alamin.
10 comments:
terkejut tengok pic ni.. ermm...
semoga peperangan dan persengketaan akan berakhir..
Hentikan persengketaan antara kita. Sebaliknya bina hubungan ukhuwah dan perpaduan..
Astagfirullah!!! kejamnya mereka.. tak mengapalah, di dunia ni neraka bg budak ni tapi akhirat yg kekal abadi, syurga budak ni ditempat.. insyaAllah..
:(
subhanallah..kecian anak2 kecil yg xberdosa..act. mereka untg, sbb dpat berjihad dijalan Allah..kita yg hidup aman ni, diuji juga sbnrnya
aaaaa. kejammmmm! (T____T)
sedihnya tgk budak tu..
siannya baby tu.. :'(
Allah maha merancang.. hebat perancangan musuh, hebat lagi perancangan Allah..
Apa yang boleh kita buat sekarang dan apa yang mereka sangat2 perlukan sekarang adalah doa dari kita.
Post a Comment