Sunday, 27 October 2013

Aktif untuk beberapa hari

 Assalamualaikum korang korang dan korangs..

Rabu minggu depan aku "terbang" ke utara da. Aku kerja dekat sana, stay rumah Zaty.
Hmm mungkin sampai tahun depan, nak cari duit untuk konvo lagi, itu ini.
Ramai yang tanya "jauhnya yang dekat tak ada ke, jauhnya merantau budak nie."
Penat jugak la nak menjawabnya, hahaa Meh sini nak jawab soalan korangs.
Mungkin rezeki eiqa dekat sana koot. Bak kata Kak Badu.

Belum pape lagi nie aku dah berangan nak ambik lesen kereta, sana murah.
Ohh, lupa nak bagitahu aku pergi Jitra, Kedah. Memang patut la orang cakap jauh.
Aku pun dari Pahang nie hahh. Kerja biasa aje dulu lepas convo baru kerja lab hospital.
Memandangkan masa yang busy sudah berlalu, aku kena siapkan resume nie hahh.
*Zaty, orang sebenarnya tak buat pun lagi resume nie, heeheheheeee*
Adakah aku akan menangis teringat family dekat sini ?? Sama-sama kita nantikan.
Tak payah nantikan pun tak pe, aku dah tahu jawapannya apa. Ssshhhh.

Hahh, kereta nie la yang aku nak beli. Nanti aku dah beli aku bawak korang jalan-jalan ehh.

Okay la, aku nak blogwalking. Banyak entry yang aku dah ketinggalan.
Semalam ambik masa 1 jam untuk 1 blog. Punya la focusss baca.



9 comments:

  1. Wahh..jauhnya eiqa kerja ..lepas ni menangislah rindu masakan mama eiqa..

    ReplyDelete
  2. wah eiqa, blog sunyi sepi lagilah nampaknya...
    tu komen blog mama kemain banyak lagi tu.. hihi

    ReplyDelete
  3. sunyi lagi la lepas ni.. ada masa online update la blog.. selamat bekerja adik.. semoga impian untuk memiliki lesen kereta dan kereta akan tercapai.. amin..

    ReplyDelete
  4. Selamat merantau dear :D Homesick for sure la awal2 tu kan, lama2 nnt ok la ;) just enjoy it.

    ReplyDelete
  5. waaaa jauh nye smpai jitra syg . . muni kat kulim dalam kedah jugak . kalao dtg kulim roger2 la . . hehehe :p
    selamat bekerja ye eiqa . . org ckp jauh perjalanan luas pemandangan kan . . heehee :p

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan kerja eiqa tue nnti.. kalau free2 mai la singgah sp tau.. =D

    ReplyDelete
  7. Dak manja..pastilah menanges kan :p nway t.care la..smoga dipermudahkanNya..kbtulan sy pn xdpt berjalan lg..bleh la bwak sy naik kreta tu, hahaha..

    ReplyDelete

◕‿◕ Tulis la apa yang tersirat di hati korang ◕‿◕
◕‿◕ SATU komen pun da boleh buat aku tersenyum ◕‿◕

DILARANG ****** DI SINI YEEE !!
No no noo. Uhuks.!

 
Tempelate Designed by yuniko|Copyright-2011|Protected