Saturday, 21 November 2015

RESEPI : Telur Masak Sambal


Okay kali ni nak share resepi "Telur Masak Sambal". Tapi telur ni aku rebus dan goreng. Dulu masa kecik ibu selalu masak macam tu. Semenjak aku dah besar ni jarang pulak ibu buat gitu mungkin malas gamaknya. Hahhaa Yela dulu anak seketui dua ketui sekarang 7 ketui. 
Aku selalu tengok ibu masak macam mana so no wonder la sampai dah besar panjang gini pun hobi aku ( memasak ) tak pernah expired. Satu-satunya hobi yang tak pernah berubah. Yang lain kononnya suka membaca bagai tu semua dah pupus. Siapa yang baru nak belajar memasak tu, resepi ni simple je. Tak susah langsung.
Yang penting masak tu biar ikhlas, jangan nak mencebik sangat. Ingat tau lain orang lain resepinya. Ingat pikat suami-suami kita ajee ( ceh suami pun tak de lagi )


 Bahan-bahan :
  • Telur
  • Cili blend ( bawang merah dan putih aku blend sekali )
  • Garam dan gula

 Cara-cara : 
  • Telur direbus dan digoreng. Kalau suka yang digoreng terus silakan. It's up to you.
  • Tumiskan cili kering yang sudah di blend sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit garam dan gula. ( Nak tambah air asam jawa pun boleh )
  • Akhir sekali masukkan telur tadi dan gaul rata. Siap dihidang.


Resepi-resepi lain :
Ayam Masak Merah
Cara-cara buat begedil
Ayam Masak Capsicum

10 comments:

Nabila Syifa said...

huhu.telur goreng sambal ada?

sya mimie said...

nyumnyum..
akk selalu tmbah air asam jawa skit. hehe

Asha Lya said...

Haah klau tmbh air asam jaga brtmbh sdp tu hihi

Miss Xyz said...

Blog ni wajibb follow! Saya mmg tgh cari inspirasi nak memasak

nuyui a.k.a miss YUI said...

simple n sdp ni...tmbh2 tlur org kenduri dpt byk..hihihi

Ira said...

wah.. sedap nmpknya..
dulu mak kak ira pun rajin gak masak mcm ni.. bila g kenduri dpt bnyk telur rebus, buat sambal mcm ni, sedap makan..

Mizz Aiza said...

Simple tapi sedap.. Bertambah nasi kalau kak aiza dapat makan..

Kesuma Angsana said...

yang ini simple & anak2 KA paling suka hehehe

Farrah MF said...

Terliur tengok hidangan ni.
Akak datang balas kunjungand an follow Eiqa balik.
Selamat berkenalan :)

Amanina Mads said...

sedapnyaaaa