Sunday 8 July 2012

Cerita lawak :D


Aku search dekat google then ternampak pulak himpunan2x cerita lawak. So aku nak kongsi dengan korang nie. Sharing is caring. Huhu Cerita2x nie semua bukan aku yg buat tau orang lain yg buat. Mana tau korang x pernah lagi dengar cerita2x nie lagi. Boleh gak hilang tension2x yg bersarang dalam kepala otak korang tu. #OPpss.! Sorry, x tersengaja. Hihiihi Jom baca.!!


MUNTAH

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak,rasanya kepla pening,perut mual,rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum, "Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,"Biar muntahnya lebih cepat."



BUANG ANAK

Di pagi hari yg nyaman, 2 orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yg Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu : Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid : Hmmmmm. Jawab Pak Majid macam acuh tak acuh je.

Pak Abu : Kot terdesak duit pun janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid : Hmmmm. Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya.

Pak Abu : Kau ni kenapa Majid.? Takkan berita ini kau tak ambil peduli.? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid : Hmmm.. Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu. Aku jual je anak-anak aku tu.

Pak Abu : Hahh.??? Engkau biar betul Majid.!

Pak Majid : Hoii, Engkau sedar tak sekarang ni berda di mana.? Sedarlah Abu. Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama aku jual budak-budak tu.!


SEJARAH NAMA NEGERI PAHANG

Menurut buku yg ditulis oleh R.O Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yg dapat memberi nama baru yg menarik. Beliau memberi tempoh selama 3 hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yg datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yg datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapt di hati raja. Pada hari ketiga datanglah 2 orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yg hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Pilihlah Karma Sari.!"
"Margapura.!"
Karma Sari.!"
"Margapura.!"
"Karma Sari molek.!"
"Margapura lagi molek.!"
"Tengkorak hang.!"
"Opah hang.!"

"Sudah.! Sudah.!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah, "Dalam banyak-banyak nama yg kamu berdua sebutkan tadi. Beta amat tertarik dengan nama yg terakhir kamu berdua berikan tadi,apa tadi..haaa? Opahang.! Ya.. Opahang.!! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama bari iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.

4 comments:

fizafantagiro said...

hikss , betul betul .. blh hilang tensi :p

Eiqa Almond said...

kan.?? kann.?? ahah :D

TiranaAduka said...

salam....Tirana singgah sronok gak bace entry tu

Eiqa Almond said...

waalaikumsalam tirana.. :)
nak lagi banyak tirana search la kat google.
Lagi banyak dari yg kat sini.