Thursday, 26 September 2013

Ayam Masak Merah

 Assalamualaikum korang korang dan korangs..

Hari nie tetiba nak update entry pasal resepi. Ekekeeeke 
Semalam ibu tak ada dekat rumah so jadi tanggungjawab aku la bagi ayah, adik-adik makan.
Bukak peti tengok ada sekor ayam, tengok dekat rak ada kacang peas, tomato puri.
Hahh ! Apa lagi mesej ibu cakap la ayam nie boleh usik tak, takut ibu ada benda lain nak buat.
Then, apa lagi beraksi la aku dekat dapur. Hahaha Lain orang lain caranya, kann ?

Bahan-bahan :
1 ) Ayam ( aku guna sekor )
2 ) Sos Cili, Halia
4 ) Bunga cengkih, kayu manis ( semalam aku lupa letak nie )
5 ) Bawang merah dan bawang putih.
6 ) Cili kering yang sudah di blend, cili boh pun boleh aje tapi aku tak suka.
7 ) Tomato Puri ( ini wajib ada, makanan ku tidak sah kalau tak de nie )
8 ) Kacang Peas - 1 Tin ( kecik pun boleh aje )
9 ) Bahan perisa - ( susah la kalau ini pun tak tahu kan )

Cara-cara :
1 ) Bersihkan ayam, goreng bersama dengan kunyit + garam. Goreng separuh masak. Angkat.
1 ) Panaskan minyak dan tumiskan bawang ( bawang merah dipotong bulat ), bawang putih.
2 ) Masukkan bunga cengkih, kayu manis. Kemudian masukkan cili - guna api sederhana.
3 ) Masukkan sos cili, tomato puri dan bahan perisa. Tambah gula sedikit.
4 ) Masukkan ayam yang telah digoreng, dan tambah air secukupnya.
5 ) Setelah air mendidih, letakkan kacang peas ( airnya dibuang )


Taadaaa.! Siap dah Ayam Masak Merah eiqa d'bomb. Kahkahkahh. ( kelass kau Bedah )
Masa nak kacau kacang peas tu molek-molek nanti hancuss. Ok, sampai disini kelas kita hari nie.


49 comments:

Anonymous said...

Sedapppp ;)

Pha Is said...

tengok gambar tu, terus rasa lapar..

norhasnizakhalid said...

ni nak merasa air tangan eiqa ni... hihi

FarahFerraDotCom said...

Mesti sedap nie.. =)

Nastyna said...

uii kelas kau bedah, macam senang jer u masak kan. Share lagi resepi2 yg menyenangkan banyak pihak lagu ni kay :)

Sweethoneybelle said...

nak rsa skit boleh tak ? tolong pos dtg kedah
hahahaha pndai la eiqa masak ! kena bljr dri eiqa ni . selalu2 la update psl mknan yew . . hehehe :p

TelingaBulat said...

gambar je da mengiurkan..

Azlia Bashir said...

Nak sikit Ayam masak merah eiqa d'bomb.

Farah Waheda Wahid said...

akak hantar pinggan tolong isi boleh eiqa?

Anum said...

nak skit

ini kisahnya said...

lagi sedap tak payah letak kacang.. hahaha.. tak reti la makan kacang peas tu..

Mirza Rohizat said...

nyam nyam,sedap tu !

Liza Razak said...

wahhh..memang pandai masak sis ni...bravo!!

nae nematoda said...

boleh bukak restoran la ni....pasni , kasi discount ye kalau nang pi :D

tomAto LurVez said...

wwweeiii.. bila ain balik rumah xnak pulak masak camtu.. =(

Khairunnisa' said...

Okay, serius. Nampak menarik dan sedap di situ!

Nisa'

Eiqa Almond said...

heheee mne tahu nie.? eh eh ehh. ahhaa XD

Eiqa Almond said...

yesss.! suka nie buat org rse lapar, ahha

Eiqa Almond said...

hehee jemput la datang rumah ye mama..

Eiqa Almond said...

ishh akak, eiqa msak mmg la sedap :P :P :P

Eiqa Almond said...

hehee insyaALLAH.. :D

Eiqa Almond said...

meh laa sini sis.! ehhee
boleh tp lepas sis khawin laa..
nanti gemok naik pelamin kang, ekekkee :P
kadang2x tengok gmbar pun dah boleh gemok tau :P

Eiqa Almond said...

hehee lap lap, orang tengok nuhh..

Eiqa Almond said...

erkk, ahhaa
meh meh datang rumah eiqa :D

Eiqa Almond said...

alaa, kak..
hantar pinggan ajee.?? hahaa
hantar lee akak sekali boleh jumpa akak depan2x. ehehe

Eiqa Almond said...

hehe meh mehh sini :)

Fais-SKA said...

Mak aih =) tabik spring la..toing3..mmg pandai masak..untung mr. almond..keh3

Eiqa Almond said...

tp bg eiqa lg sedap letak kacang peas tu..
itu wajib ada klu eiqa nk makan ayam masak merah..
ehehee sumbat aje dalam mulut :P

Eiqa Almond said...

nyum nyum nyummm.! :D

Eiqa Almond said...

alhamdulillah, berkat tunjuk ajar ibu, ehehe :)

Eiqa Almond said...

hahaaa pernah aje bukak dulu..
tp bukan eiqa la chef nyee, ayah. :P
aishhh, harusss . ahhaa

Eiqa Almond said...

hahaaa
aien balik, kakak terus jadi malas :P

Eiqa Almond said...

okayy, terima kasih. hahhaa :P

Eiqa Almond said...

ehehehee toing toinggggg.
dah hobi dari kecik mmg suka masak..
tak berubah sampai sekarang.. :)
untungg laaaa. ahahaa

Unknown said...

malu I..pandai masak awak ni. saye ? hampehhhh..kuang kuang kuang

jie susanos said...

fuh...foverite tu..

Cik Itah said...

wahhh...untung la pandai masak hehe sy tak reti oppssss malunya nak ngaku :D

Eiqa Almond said...

hahaa tak pe boleh belajar..
lama-lama pandai laa :)

Eiqa Almond said...

sameee lee kitee :D

Eiqa Almond said...

hahaa slumber jee, kite2x je tahuu :P

Ooh Deo said...

Nampak dlm gambar tu sedap..hehehe.. Selalu kacang peas tu masuk last sekali bila ayam dah masak baru dia tak hancur, ataupun kacang peas tu dimasak asing then baru bubuh kt ayam..

Unknown said...

..ayam tu nmpak sedap..kalau rs, knpm berganda2 sedap kn..

Eiqa Almond said...

tulaa, kacang peas elok letak mse last sekali, nanti hancuss pulak kann..
wahhhh.! cara cakap mcam pro masak aje nieee..
nk korek rahsia la gini, hoho

Eiqa Almond said...

hahahaa bg eiqa okay tp x tau la bg org lain kan, hihiii

Pha Is said...

datang sini balik, tengok gambar ni lagi, rasa lapar balik.. hehehe

Nina Mads said...

pos sikit eiqa!! nmpk sedap tu. haha :D

Syazana Zainn said...

eiqa, tolong masak kat akak boleh? hahaha

Cik Kay Jue said...

adeh.. nampak sedap la pula huhu.. da la x makan lagi ni..huhu

Ainun Nadini said...

sedapnya tgk gambar tu..hehe

balas kunjungan sini.. :)