Tuesday, 17 September 2013

Kenangan antara kami bertiga

 Assalamualaikum korang korang dan korangs..

Entry ini khas aku tujukan untuk sahabat aku yang dulunya housemate dan roomate aku.
Sorang tu orang Melaka dekat Duyong dan sorang lagi dekat Besut, Terengganu.
Ya Allah, terlalu banyak kenangan yang Engkau ciptakan antara kami bertiga.
27.07.2010, hari Selasa. Dari "orang asing" menjadi kawan rapat. Alhamdulillah.
Korang ingat lagi tak macam mana mula-mula aku masuk rumah tu ( hostel ).
Bibik orang pertama aku jumpa dan orang kedua Atien a.k.a roomate aku.
Ingat lagi masa tu Atien tengah tidur even matahari dah terpacak atas kepala.
First, aku pandang Atien dalam hati aku cakap budak nie macam sombong je.
Sorry Atien sebab cakap kau sombong sebab kau memang susah nak senyum. Hehee
Jumpa Mekti, lemah lembut je dia nie. Jumpa Nanie, sporting nye dia.
Jumpa Bibik, peramah lah dia nie. Jumpa Mimie, tak sombong. 
Jumpa Rien/Mira lembut nya cara dia cakap. Jumpa Izni, pekatnya loghat Ganu dia.
Tapi tu semua berubah lepas aku kenal semua orang dalam rumah tu.
Atien tak seperti mana yang aku bayang. Otak dia gila, baik, banyak tolong aku.
Korang, aku rindu sangat dengan korang berdua. Rindu sangat-sangat.
Lepas tengok video kita bertiga masa duduk sebumbung dulu terus aku menangis.
Video yang kita bertiga menari lagu Hindustan tu aku tengok gelak pakej dengan airmata.
Ya Allah, rindunya aku dengan dua orang nie Ya Allah. Peliharalah persahabatan kami.
Ingat lagi tak Atien, tiap kali kita balik dari kolej, masuk rumah, nak bukak pintu bilik.
Mesti kita usha Mekti dalam bilik dia, selalunya dia akan setia terpaku atas katil dia.
Kadang-kadang dia tidur, kadang-kadang dia tengah bukak laptop. Rindunya.
Atien, orang yang paling banyak kemas rumah, mop lantai, sapu balkoni.
Untung siapa 1 bilik dengan dia sebab dia nie utamakan kebersihan. Orang yang bertuah aku.
Pernah sekali kasut bersepah tak bersusun, mengamuk habis dia. Satu rumah gegar, okay tipu.
 Dekat sini lah kita bertemu dan berpisah.  
Terima kasih Atien sebab selama kita satu bilik, kau banyak tolong aku.
Banyak dengar cerita-cerita yang keluar dari mulut aku nie. Ada yang sedih, ada yang happy.
Terima kasih sebab tak marah aku masa aku termakan nasi kau dalam periuk tu. Hehee
Dah la kau baran, takut aku kalau kau marah masa tu. Yelaa, kau pulak baru balik dari kelas, lapar.
Terima kasih belanja aku big apple.! Ingat lagi tengah malam mesti kau mengidam MacD.
Terikut-ikut jiran sebelah laa tu. Hahaa Terpaksa lah guna khidmat delivery tengah-tengah malam.
Terima kasih jugak sebab bagi hadiah coklat Nips 2 bungkus besauu even masa tu kita blablabla.
Atienn, kau tahu tak masa kau keluar rumah lepas bagi aku coklat tu. Aku ada tanya kau.
Aku tak ingat tanya apa tapi kau langsung tak sahut pertanyaan aku, pandang aku pun tidak.
Kau turun bawah jemput Mekti. Sungguh aku cakap, aku terasa hati sangat masa tu.
Terus aku masuk bilik air, ala-ala cerita Melayu. Teruk jugak la aku menangis. Sangat teruk !
Sampai terduduk aku dalam bilik air tu. Kalau cerita Melayu bukak shower kan tapi aku tak laa.
Hahaa Dan mintak maaf jugak Mekti masa kau tegur aku dalam bilik tu, aku buat bodoh dengan kau.
Aku tak nak Atien tahu aku menangis, tak nak tak nak dan tak nak.
Terus aku keluar rumah jumpa Zura, depan dia aku just dapat menangis menangis dan terus menangis.
Zura pun senyap aje, pujuk aku. Aku tak mampu nak cakap pape yang aku tahu aku nak nangis.
I need someone. Sedih sangat Atien lepas tak satu bilik dengan kau. Sunyi aje bilik tu.
Aku mintak maaf sebab tak dapat nak ikut kau keluar rumah pindah tempat lain. Mintak maaf.
Terima kasih Mekti sebab kau temankan Atien pindah sekali dengan dia. At least dia ada kawan.
Terima kasih Mekti atas semuanya dari kita kenal sampai habis belajar nie. Mintak maaf yee.
Semoga persahabatan kita yang terjalin ni diberkati dan dilindungi oleh Allah s.w.t. InsyaALLAH.


30 comments:

Mormor said...

indahnyee berukhwah :)

Unknown said...

insyaallah dipermudahkan :) yang penting keep the faith :)

Eiqa Almond said...

Sangat indah kalau kita ikut cara yg betul :)

Eiqa Almond said...

insyaALLAH..
Terima kasih kawann :)

Fais-SKA said...

Amin inshaa'Allah =) berkawan la elok2..jgn ptuskn hbgan silaturrahim..xkenal maka xcinta kan?? ramai gak kawan dgn dak Ganu eh..orang Ganu baik2 kan?? he3..bnyaknya babak hindustan..sngnya kluar air mata..xpelh, 2 mgkin dpt tenangkn hati..

Eiqa Almond said...

insyaALLAH.. ^^
ehhh baikk, kawan tu pun manis orang nyee.. ;)
banyak kann, airmata eiqa nie mmg senang keluar..
sebab tu org gelar "ratu airmata".. haha
yupp, tu adalah salah satu cara nak tenangkan hati selain berdoa pada Allah :)

Unknown said...

orang melaka pon baik2 jugak. ehh -,-
terima kasih daun keladi la.
aku hargai kau roomate aku, mekti housemate aku.
sampai mati aku ingat yee.
aku syukur sbb dapat jumpa korang bedua. dapat jumpa kawan yang hawau. ehh
lahabau ehh bukan lagi. ehh ntah le nak cakap camne.
yee aku ingat aku bangun lambat yee. pastu nk p class ptg -,-
jangan kasi malu aku boleh tak??
itula yang terjadi. xkenal cakap aku sombong. dh kenal terus jatuh cinta.
aku mengaku aku manusia penuh egois. baran. aku takkan marah kalau orang/benda tu buat hal. serius bende remeh pon aku nak melenting+ naek hangin. tapi kau kena tahu. itula cara aku bertegur. itula cara aku bagitahu orang. aku mara sebab aku SAYANG. paham?? kalau tak mara. engkorang buat tak tahu jekan. buat bodoh jekan. xsuh kemas xkemas -,-. grr
aku rase kau dh cukup paham kot dengan aku ni. nak mara sampai sekarang pon aku mara. aku xkan senyap selagi aku tak puas hati. oke nasib baek aku xbalas dendam ;D (hahhaha)
benda dah lepas nak putar balik dh tak boleh. tapi kita cuma boleh perbetulkan keadaan. aku kau mekti oke. itu dah cukup. aku xmampu nak buat pape lagi dah. yang aku boleh cuma doakan kawan2 aku dari jauh. bile rindu tgk video/gmbr. tuu je la. terima kasih la sanggup bersusah senang. aku akan ingat sampai mati. tu jeala yang aku boleh bagitahu.
aku mintak maaf la atas segala kesilapan aku yeee. jangan la lupakan aku.
DAN aku xperasan ape kau cakap bile lepas aku bagi nips. maaf sesangat la yee. kalau kau ingat. kau boleh bgtaw sekarang. hahhaha. lastttt. milafyouroomate <3

Eiqa Almond said...

atiennnnnn..!!!!
hahaaa
ooo, aku dah agak da ko mesti x dengar..
aku tegur ko sebab aku x sanggup nak muka masam dgn ko serumah..
yee, aku tahu memang itu cara ko tegur org..
pape pun mmg aku tabik dgn ko even ko tu kecik aje org nye, ekekekeee
ko pandai jaga diri ko, itu memang aku respect ko beb.!
sepanjang aku berblogging..
ini lah comment yg paling panjang yg pernah aku jumpa..
hahahaa ada pun tp info bukan luahan hati..
lama aku x nampak perkataan multigler tuu, hohoo
pape pun semua tu dah berlaku, aku pun simpan dalam kenangan je..
yang aku tahu aku ingat kau Fatin Nabilah dan aku ingat Mekti..
ooo, pasal bangun lambat tu, sje je nak abadikan dalam blog nie, hahahaa ;D

Ainim Rashihah said...

Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.semoga persahabatan Eiqa dan rakan2 kekal hingga akhir hayat

Unknown said...

Ya Allah , fefeeling Dayah baca , nak menangeh pun ada , hehehe (terover pulak) . Kadang-2 terasa mcm nak duduk sama-2 ja kan sampai tua . Hahaha (tetiba)

Unknown said...

Ehh bukan senang taw aku nak membuangkan ehh meluangkan masa mengomen entry engko ni. Comment2 panjang2 ni kau kena simpan pg print serta frame. Ingt mudah ke aku nk comment blog yg aku angp forever alone je yg guna. Ahahhaha.

Sweethoneybelle said...

sebak baca . . indah sungguh nilai persahabatan tu :)

kurus said...

seronok bila teringat kisah lama nie .. dgn kawan2 rapat .. oh memang indah ..
akk dulu pernah ada..
tapi dah lama pisah .. pun x tahu dia macam mana
tetiba lak akak sebak huhuh

Eiqa Almond said...

jangan risau nanti aku buat frame gantung dekat dinding bilik lagi..
kuangg ajaakkkkk budak kecik niee -_-"

Eiqa Almond said...

aminnnn amin amin ya rabbal alaminnn..
terima kasih ^^

Eiqa Almond said...

ehehee Jom la duduk dgn eiqa sampai tua, kihkihhh
Terima kasih la dayah sbb baca, dah le panjang entry nie, hohoo

Eiqa Almond said...

Sangat bernilai Murni :)

Eiqa Almond said...

hahahaa rilek akak, akak rileks, ehehhe
mmg seronok kak kalau kte ingat kisah lme niee :)

Cik Itah said...

sedih pulak baca entry ni hukhuk teringat dgn exclassmates+exroomates :)

Eiqa Almond said...

heheee :)
rindu kann dorang2x semuaa ^_^

Mizz Aiza said...

sebak dan terharu baca entri adik.. semoga persahabatn di antara kalian semua akan terus berkekalan..

Eiqa Almond said...

hehee terima kasih kak Aiza..
Aminnnnnn :)

Syamimi Saad said...

alohh..alohhh..alohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. suweetnya surat cinta dia.. ;)
akk pun kalau tgk vdeo ngan kawan2, senyum tp kuar airmata.. :')
rindu saat bersama,,

Unknown said...

hahaha , sebab entry ni terbaikkkkk , panjang mana pun even boleh buat novel sekali pun , sanggup baca kalau kisah tu best :D

Eiqa Almond said...

aloooolololoo. hehehee
Rindu kan kak ble tengok video mse dulu2x ^^

Unknown said...

ehehe mujur xde kenangan dengan sy..ehehe perasan kejab :p

Nina Mads said...

teruskan berhubung! hehe
memang akan rasa rindu dgn kawan2 lepas habis study :D

Eiqa Almond said...

hahahahaaa
adeh, sakit perut nahan gelak nyee ;D

Eiqa Almond said...

baikk madamee.! ahhaa
betul betul ^^

Eiqa Almond said...

ehheheee
terima kasih Dayah.!! :P